Monday, March 28, 2011

aku kini yatim..

tanggal 22 mac 2011 pukul 5.10 pagi..secara rasminya aku telah kehilangan mak tersayang..beliau pergi dengan aman dan tenangnya bersaksikan aku dan angah disisi..mak, adik rindukan mak..makkkkkk..
**kengkawan, aku masih takder mood nak berblog..harap paham yer..** saat heart beat mak menjadi 0 masih kekal dalam ingatan aku, mungkin sampai bila2.. alfatihah buat mak tersayang Siti Khalijah bt Che Duh...

Thursday, March 10, 2011

in person with aizat amdan


huhu..entri nak bagi korang2 jelus..:P..tadi NIEW ada anjurkan in person with AIZAT AMDAN sebagai salah satu acara tahunan Library Day..pe lagi join sekaki le geng2 aku yang memang2 ada niat nk mengulor nih..huhu..rehatkan otak beb..asik keje jerk..kutu pun leh pencen! personally aizat memang manis..sebab apa aku kata dia manis? sebab dia memang kategori manis2 jer..bukan kutuk, kan aku dah kata personally..ada paham? sora dia sangat sedap..sangat2 k! memang teruja ai tau..dan lagi satu dia memang kurus dan slim melim lah..tengok lam tv cam besar skit, tengok live, adeh kecik nye la dia..betis dia uiii aiii, kocik nyo lah..memang salute la azam dan tekad dia untuk kurus satu masa dulu..
suara aizat memang besh..besh..bsehhh

kat bawah ni gambar hasil dari curian aku...hukhukhuk..kengkawan aku memang gile kentang ngan si aizat nih..yg sorang siap tanya soklan lagi..berani kan? huhuh..kalau aku le nak tanya soalan, mesti ketor2 tangan pegang mic..cik i** kawan aku tu memang selamber jer..minat tul dia ngan aizat nih..yang sorang lagi plak sanggup pegang enpon stood still xmo gerak2 semata2 nk rakam aizat nyanyi...dasat kan..huhuu..Z** ko memang kipas berani mati aa..caiyookk beb!

gile kentang kan?? huhuh..:P gan mara nanti kenak jual kitak!

menyampah der!

menyampah? apa tu? asal dari perkataan meyapu + sampah ke? huhuhu lebey kurang la ek..have to agreed thats the words i often use when i really2 fed up dengan keaadan sekeliling nih..tapi ekceli perkataan ni tidak seharusnya digunakan dengan kekerapan yang banyak yer..:D reasonnya senang je, kalau kita menyampah dengan seseorang ke, dengan benda ke..nanti perasaan tu berbalik pada kita semula tau..tak caya try test sendiri..try le korang jangan menyampah dengan makcik sebelah umah yang sangat2 suka menyibuk hal korang ke atau korang menyampah dengan clenaner opis korang yang asal korang masuk toilet je, dia pun sibuk je nk cuci toilet (goshhh.marah kan?)..cuba korang try tak menyampah kat diorang..betul nih aku dah cube..memang betul..kalau kita tak menyampah kat orang, orang pun mesti tak menyampah kat kita..macam jugak binatang, even binatang tu haram kita pegang, takyah le kita menyampah bagai nak mam*** kat menatang tu..buat biasa dah la..(ni ada kaitan dengan dog yang very the banyak masa aku lalu utk balik kerja..asal aku nk balik keje je, dia mesti banyak melampau2..haishhh..) tapi tak pe, sebab aku tak menyampah kat dog2 tu, diorang pun pandang aku cam takde perasaan je la kan..bak kata sorang uncle cina tu " meleka bagai menyilakan kedatangan anda"..harharhar..tingat aku kat david teo...ngeeee...pape pun moral of the story jangan le menyampah sangat kat saper2, kelak sok atau lusa kita akan perlukan balik orang tu secara lansung atau tidak..agreed with me? say yes now! :P
menyampah ai der!

Wednesday, March 9, 2011

vavi vs mahram

salam..saje nak share info yang berguna..
 amacam? renung2 kan dan selamat beramal..peace..

si kecik ku chak..

salam..elo2..entri kali ni pasai si kecik bucuk debob dan gumuk aku nih..Si IMI..skang dia dah sangat pandai merajuk dan juga pandai baca doa makan plus doa tido..muahahaahh..walopun gaya baca doa cam slanga orang jawa..tapi aku rasa sgt teruja bila dia dah boleh leads doa masa kitorang makan..

mumy : cayang, baca doa cepat kita nak makan nih.

imi : ok..bismillah hirroma nirroh him..bismi kallah humma ahya

mumy : uiksss..bukan sayang tu doa tido (samibil tersipu2 cover malu..huhu, baru nk nunjuk skill bangga dapat ajar anak baca doa ngan betul..sekali silap timing daa..=P)

imi : oo..shalah eekk..jap ek.. (sambil bulatkan mata n muncung mulut )

situasi ni berakhir dengan pembacaan doa makan ala2 slanga orang jawa tapi sib bek at last si bucuk dapat menghabiskan pembacaannya..huhu..anakku, mumy bangga dengan kamu..:D

ambik gambar, tangan camne pun mesti nak buat peace..aman betul anak aku nih..huhuhu

Thursday, March 3, 2011

Cheese Cake

salam..entri kali ni aku nk kongsi resipi cheese cake yang aku buat semalam khas utk kecintaanku B..sian dia dah lama nk makan ciskek ni tapi baru hari ni dapat makan..xpe makan2, orang buat special utk B.. jom kita tengok best ke tak ciskek ni..huhuhu..(mesti aaa best..aku yang buat..huuhu..harus puji diri sendiri kalo nk harap korang..hermm...=p)

ni aku tunjuk se slice jer utk korang...amacam?? sila terliur skang!
Bahan-bahan :-

250gm cream cheese
200 ml/cc whipping cream
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gm gula halus
1 sudu kecil perahan lemon / pes sunquick
biskut tiger atau pape biskut kegemaran korang utk buat base - sila hancurkan biskut ni
100gm butter - cairkan dan gaul dengan biskut
blueberry pes untuk hiasan

cara-cara :-

1. panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minint. (guna api atas bawah yer)

2. sediakan base dulu..hancurkan biskut tiger kemudian gaul dengan butter cair. tekan2 biar padat kat lam loyang (loyang ikut kesukaan korang, nk lagi senang pakai yang boleh buka bahagian bawahnya). chilled kejap dalam 15 minit.

3. masukkan dalam mixer atau blender cream cheese + telur + gula + whiiping cream + tepung gandum + pes sunquick tadi biar jadi smooth dan sebati. (sila ikut urutan yang disebutkan..eceh!)

4. bila dah siap di sebatikan bahan2 tadi, bolehlah dituang kedalam loyang yang dah ada base tadi.

4. bakar selama 40 minit. korang boleh pilih samada nak bakar secara water bath atau x.

p/s: ciskek memang sejenis kek yang tak naik ye kengkawan. so jangan sedey bila tengok ciskek korang yang naik gebu menggunung masa lam oven bila dah dikeluarkan, 10 minit pastu dia mengecut. dah lumrah dia, nak buat camner..tapi usah gundah gulana sebab dijamin ciskek ni memang sedap..muahhhaaahh..x caya tanya kecintaanku..xoxo

credit to:- sifu Biduri @ myresipi..

Wednesday, March 2, 2011

kasih sayang dan rumput

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

credit to : - Artikel iluvislam.com

tiada jawapan untuk itu..usah menaruh belas pada diri andai tidak membelai hati..

kenapa aku kongsikan artikel ini? sebab yang sangat2 munasabah ialah kerana aku tak ingin lagi berpaling dari kasih sayang insan2 yang setia bersama2 aku hari ini. aku ingin hargai detik2 terindah dengan mereka..IMI dan kecintaanku B..kalian adalah yang terindah dalam hidupku..very priceless..sanggup ku tukarkan nyawaku andai itu taruhan pengorbanan..aku fahami, cinta tak semestinya memiliki namun kasih sayang itu adalah yang abadi..terima kasih kalian berdua kerana hadir dalam hidupku..

Tuesday, March 1, 2011

trilogi cinta


salam..elo2..huhuh..sape tengok citer trilogi cinta angkat tangan! saper tak tengok memang korang tak besh lansung..perghhhh citer ni memang layan aa..memang le yang terbaik..sampai ada le orang tu terlari waktu tido dia sebab layan citer nih! (huhuhu..kecintaan..jangan mare aa!) citer yang memang super duper bumper superb lah...tambah2 laks hero dia memang hero pujaan malaya gitu..bagi sape2 yang memang follow novel tulisan sharifah abu salem, memang sangat2 la feeling dan menusuk ke kalbu..trilogi cinta adalah garapan dan himpunan citer dari 3 buah novel yang sangat2 best dan yang memang aku dah baca..dulu selalu gaks terpk, apsal le novel yang cenggini punya baik takder laks orang filem berminat nk buat gambar kan...dan setelah bertahun2 lamanya baru le pertanyaan tu jadik kenyataan..pemilihan pelakon2 pun memang sangat2 menepati jalan citer dan watak2 dalam novel asal nya..razif yang macho, norjinah yang lembut dan hitam manis, norseha yang super jahat(tak sedar dirik dia nih!huh..menci..), badrol yang sangat baik hati dan muka innocent (en badrol couple ngan saya je lah nak?..huhuhu..xoxo), salmi yang memang le hati batu (amyza memang terbaek..), shahrul, mak wan, abg, kakak, adik hatta bibik sekalipun semuanya best..memang best aa diorang2 nih! so pada saper2 yang memang ken kununnya tamo layan citer melayu nih, aku sarankan acu try test tengok sekali..pastu aku yakin akan berkali2 le korang mengadap citer tu..betul nih aku tak tipu!

p/s: kecintaan..nanti kita photoshoot gambar tengok atas n posing cam en razif yer..huhu..