Thursday, March 3, 2011

Cheese Cake

salam..entri kali ni aku nk kongsi resipi cheese cake yang aku buat semalam khas utk kecintaanku B..sian dia dah lama nk makan ciskek ni tapi baru hari ni dapat makan..xpe makan2, orang buat special utk B.. jom kita tengok best ke tak ciskek ni..huhuhu..(mesti aaa best..aku yang buat..huuhu..harus puji diri sendiri kalo nk harap korang..hermm...=p)

ni aku tunjuk se slice jer utk korang...amacam?? sila terliur skang!
Bahan-bahan :-

250gm cream cheese
200 ml/cc whipping cream
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90 gm gula halus
1 sudu kecil perahan lemon / pes sunquick
biskut tiger atau pape biskut kegemaran korang utk buat base - sila hancurkan biskut ni
100gm butter - cairkan dan gaul dengan biskut
blueberry pes untuk hiasan

cara-cara :-

1. panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minint. (guna api atas bawah yer)

2. sediakan base dulu..hancurkan biskut tiger kemudian gaul dengan butter cair. tekan2 biar padat kat lam loyang (loyang ikut kesukaan korang, nk lagi senang pakai yang boleh buka bahagian bawahnya). chilled kejap dalam 15 minit.

3. masukkan dalam mixer atau blender cream cheese + telur + gula + whiiping cream + tepung gandum + pes sunquick tadi biar jadi smooth dan sebati. (sila ikut urutan yang disebutkan..eceh!)

4. bila dah siap di sebatikan bahan2 tadi, bolehlah dituang kedalam loyang yang dah ada base tadi.

4. bakar selama 40 minit. korang boleh pilih samada nak bakar secara water bath atau x.

p/s: ciskek memang sejenis kek yang tak naik ye kengkawan. so jangan sedey bila tengok ciskek korang yang naik gebu menggunung masa lam oven bila dah dikeluarkan, 10 minit pastu dia mengecut. dah lumrah dia, nak buat camner..tapi usah gundah gulana sebab dijamin ciskek ni memang sedap..muahhhaaahh..x caya tanya kecintaanku..xoxo

credit to:- sifu Biduri @ myresipi..

No comments:

Post a Comment